Skip to main content

Sukan Lain

Ridhwan Shahrom sahut cabaran berbeza juarai omnium Berbasikal Trek Kebangsaan

ridhwan-sahrom.jpg
Lagu rock menjadi peneman dan suntikan semangat Muhammad Ridhwan Shahrom dalam kategori omnium dan madison Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nilai, hari ini. 

Dia perlu mengharungi beberapa acara iaitu penyingkiran, scratch race, pecut dan keirin sepanjang perlumbaan omnium. 

Namun, dengan semangat tinggi mahu mengecapi kemenangan, Ridhwan memberikan aksi terbaik untuk memenangi keseluruhan acara.

"Pada saya, kedatangan dengan lain agak berlainan kerana keluarga datang berikan sokongan. 

"Jadi saya memotivasikan diri dengan lagu rancak untuk bakar semangat, lagu rock kerana saya hendak menang.




"Kali ini penyertaan saya berlainan dengan acara sebelum ini berbanding pecut dan keirin jadi badan saya agak penat," katanya. 


Dalam pada itu, Nurul Izzah Izzati mengekalkan kejuaraan dalam acara yang sama bagi kategori pecut elit. 

Dia kini fokus sepenuhnya untuk mempersiapkan ke kejohanan di Melbourne, Australia bermula awal tahun depan. 

"Saya rasa gembira sebab boleh kekalkan pingat emas dalam acara ini. 

"Tapi secara keseluruhannya kayuhan hari ini OK. 

"Saya berpeluang untuk terus tingkatkan kayuhan memandangkan setiap minggu berpeluang berlumba di sini," katanya pula. 

Advertisement

Must Watch Video