SUKAN LAIN
Renang Terbuka Malaysia: Welson atasi rekod 100m gaya bebas
Perenang negara, Welson Sim, menggegar Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter gaya bebas dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2019, hari ini.
Kurang tiga minggu lalu, Welson melakar rekod baru kebangsaan acara berkenaan dalam Kejohanan Renang Australia di Adelaide dengan catatan 49.98 saat.
Latihan keras di Melbourne, Australia, membuahkan hasil apabila dia memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan, 49.54s dalam aksi saringan pada sebelah pagi.
Dalam aksi final petang tadi, dia sekadar membuat catatan 49.83s, namun tetap berjaya untuk membawa pulang emas.
Ia satu pencapaian mengagumkan buat Welson selepas melakukan renangan di bawah 50 saat dalam tempoh sebulan.
"Saya agak terkejut dengan prestasi pagi tadi apabila memecah rekod kebangsaan dengan kelebihan 0.4s yang merupakan catatan yang begitu memberangsangkan.
"Catatan dalam final petang tadi juga mengatasi rekod lama kebangsaan tetapi tidaklah sepantas renangan saya pada sebelah pagi.
"Ia masih di bawah 50 saat," katanya.
Atas saranan jurulatih, Welson menarik diri daripada menyertai acara 800m gaya bebas yang berlangsung selepas itu kerana ingin memberi tumpuan kepada 200m gaya bebas esok.
"Saya berpeluang lebih cerah sekiranya menumpukan kepada acara 200m berbanding 800m gaya bebas.
"Jurulatih gembira dengan pendekatan ini kerana ia membenarkan saya mendapatkan rehat dan membuat persiapan untuk acara esok," katanya lagi.
Seorang lagi perenang negara, Tern Jian Han, yang beraksi dalam acara 100m kuak lentang, tidak berjaya mempertahankan emas yang dimenanginyadalam edisi lalu.
Jian Han terpaksa akur di tangga kedua dengan catatan 57.04s manakala perenang India, Srihari Nataraj, memenangi emas dan gangsa milik perenang Hong Kong, Ng Cheuk Yin.
"Saya tidak begitu berpuas hati dengan catatan yang dilakukan kerana lambat setengah saat daripada catatan peribadi terbaik.
"Bagaimanapun, saya dapat meraih perak. Oleh itu, dalam masa yang sama, saya berpuas hati," kata Jian Han.
Keputusan penuh:
LELAKI:
200m Rampaian Individu
EMAS: Arvin S Chahal (TRG) 2:06.24s
PERAK: Jordan Yip (SEL) 2:08.27s
GANGSA: Steve Khiew Hoe Yean (WPKL 2:09.34s
100m Gaya Bebas
EMAS: Welson Sim (SWK) 49.83s
PERAK: Keith Lim (WPKL 51.03s
GANGSA: Neel Roy (IND3) 51.17s
200m Kuak Dada
EMAS: Ng Jing Fu (SEL) 2:18.54s
PERAK: Ng Yi Hao (SEL) 2:19.99s
GANGSA: Lohit M (IND3) 2:21.30s
100m Kuak Lentang
EMAS: Srihari Nataraj (IND1) 55.49s
PERAK: Tern Jian Han (JOH) 57.04s
GANGSA: Ng Cheuk Yin Ng (HKG) 57.88s
800m Gaya Bebas
EMAS: Sajan Prakash (IND1) 8:12.11s
PERAK: Sebastian Soon (WPKL 8:22.35s
GANGSA: Low Zheng Yong (MEL) 8:35.05s
4x200m Gaya Bebas Berganti-ganti
EMAS: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) - 7:46.54s
(Keith Lim, Koh Teck Chen, Steve Khiew, Sebastian Soon)
PERAK: - Selangor - 7:54.85s
(Terence Ng, Daniel Liew, Chan Jie, Jordan Yip)
(Hanya dua pasukan sahaja)
WANITA:
200m Rampaian Individu
EMAS: Natalie Kan Kan (HKG) 2:19.69s
PERAK: Alma Louise Dahl (WPKL 2:23.99s
GANGSA: Ong Yong Qi (JOH) 2:26.42s
100m Gaya Bebas
EMAS: Ho Nam Wai Ho (HKG) 57.22s
PERAK: Kenisha Gupta (IND3) 57.72s
GANGSA: Liew Chern Xin (SEL) 59.79s
200m Kuak Dada
EMAS: Alicia Li Ann Soosai (JOH) 2:37.57s
PERAK: Angelina Chan (SEL) 2:39.31s
GANGSA: Alma Louise Dahl (WPKL) 2:43.00s
100m Kuak Lentang
EMAS: Natalie Kan Kan (HKG) 1:05.29s
PERAK: Suvana C Baskar (IND3) 1:06.44s
GANGSA: Nessa Yip (SEL) 1:08.63s
800m Gaya Bebas
EMAS: Ho Nam Wai Ho (HKG) 9:09.79s
PERAK: Goh Chia Tong (MEL) 9:13.16s
GANGSA: Rosalind Pang (SEL) 9:44.09s
4x200m Gaya Bebas Berganti-ganti
EMAS: Selangor - 9:01.02s
(Angelina Chan, Lim Shun Qi, Nessa Yip, Liew Chern Xin)
PERAK: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) - 9:06.15s
(Georgene Wee, Karla Lim, Alma Louise Dahl, Nurlatifa Zahra)
(Hanya dua pasukan sahaja)
(Nota: MR-Rekod Kejohanan; NR-Rekod Kebangsaan)