Skip to main content

Sukan Lain

Renang Terbuka Malaysia: Khiew Hoe Yean pecah rekod kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yean.jpg
Olimpian, Khiew Hoe Yean, menempa sensasi tanpa henti dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2025 selepas memperoleh kejayaan emas berganda di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Atlet negara itu kehilangan kata-kata selepas memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri memperbaharui catatan 2 minit 03.29 saat dalam acara rampaian individu pada aksi final kejohanan tersebut.

Dia menjelaskan kejayaan tersebut merupakan sesuatu yang istimewa kerana ia bukanlah acara kegemarannya, namun tetap mampu pecah rekod kebangsaan.

 

"Saya tak mampu mengungkap apa-apa.

"Saya tidak menjangka mampu memecahkan rekod kebangsaan ini.

"Saya sangat gembira dan akan berusaha lebih keras lagi pada masa akan datang," katanya di Nadi Weekend.

Advertisement

Must Watch Video