SUKAN LAIN

Renang Terbuka Malaysia: Jian Han berputih mata lepasi had kelayakan Kejohanan Dunia

Penulis Jemputan 27/04/2019 | 15:02 MYT
Hasrat perenang negara, Tern Jian Han, untuk layak ke Kejohanan Renang Dunia di Gwangju, Korea Selatan, Julai depan tidak kesampaian apabila catatan acara terakhir yang disertainya dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2019, iaitu 200 meter kuak lentang, tidak melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Jian Han sekadar berpuas hati untuk meraih pingat perak di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini dengan catatan 2 minit 04.46 saat sementara syarat kelayakan kategori B yang ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) adalah 2:02.48s.
Bagaimanapun, ruang buat Jian Han cuba layak ke Kejohanan Dunia belum tertutup rapat menjelang Kejohanam Renang Terbuka Singapura, Jun depan.
"Saya sudah cuba yang terbaik tetapi kejayaan ini mendorong saya untuk bekerja lebih keras menjelang Terbuka Singapura yang menawarkan peluang ke Kejohanan Dunia.
"Saya harap layak ke Kejohanan Dunia," katanya.
Keputusan lain:
LELAKI:
50m Kuak Kupu-kupu
EMAS: Ng Cheuk Yin (HKG) 24.50s
PERAK: Mehdi Ansari (IRI) 24.91s
GANGSA: Chan Jie (SEL) 25.10s
200m Kuak Lentang
EMAS: Srihari Nataraj (IND1) 2:02.68s (MR)
PERAK: Tern Jian Han (JOH) 2:04.46s
GANGSA: Steve Khiew Hoe Yean (WPKL) 2:06.55s
400m Rampaian Individu
EMAS: Sebastian Soon (WPKL) 4:28.34s (NR)
PERAK: Arvin S Chahal (TRG) 4:30.47s (NR)
GANGSA: Tia’A Faang Der (JOH) 4:33.63s
200m Gaya Bebas
EMAS: Welson Sim (SRW) 1:47.48s (MR)
PERAK: Terence Ng (SEL) 1:54.86s
GANGSA: Keith Lim Kit Sern (WPKL) 1:55.10s
4x100m Gaya Bebas Berganti-ganti
EMAS: Neel Roy, Prithvi Mahesh, Rakshith U Shetty, Srihari Nataraj (IND) 3:29.64s
PERAK: Chan Jie, Nicholas Kong Fei, Terence Ng, Jordan Yip (SEL) 3:31.45s
GANGSA: Daryl Boon Yang, Hii Puong Jie, Darren Ngui, Welson Sim Wee Sheng (SRW) 3:52.34s
WANITA:
50m Kuak Kupu-kupu
EMAS: Alma Louise Dahl (WPKL) 28.40s
PERAK: Liew Chern Xin (SEL) 29.01s
GANGSA: Kenisha Gupta (IND3) 29.05s
200m Kuak Lentang
EMAS: Suvana C Baskar (IND3) 2:22.95s
PERAK: Goh Chia Tong (MEL) 2:24.46s
GANGSA: Nessa Yip (SEL) 2:28.47s
400m Rampaian Individu
EMAS: Alma Louise Dahl (WPKL) 5:04.59s
PERAK: Ong Yong Qi (JOH) 5:04.87s
GANGSA: Alicia Li Ann Soosai (JOH) 5:07.67s
200m Gaya Bebas
EMAS: Ho Nam Wai Ho (HKG) 2:04.70s
PERAK: Natalie Kan Kan (HKG) 2:07.80s
GANGSA: Lim Shun Qi (SEL) 2:11.38s
4x100m Gaya Bebas Berganti-ganti
EMAS: Angelina Chan, Lim Shun Qi, Nessa Yip, Liew Chern Xin (SEL) 4:03.31s
PERAK: Georgene Wee Ee Jern, Nurlatifa Zahra, Karla Lim Kay Yee, Alma Louise Dahl (WPKL) 4:11.23s
(Hanya dua pasukan sahaja)
(nota: MR-Rekod Kejohanan; NR-Rekod Kebangsaan)
;