SUKAN AIR

Renang Terbuka Malaysia: Arvin Shaun tepati ramalan juara, Andrew Goh cipta rekod baru

Shaiful Shamsudin 24/05/2024 | 13:39 MYT
Arvin Shaun dari Terengganu memberi cabaran hebat kepada Welson Sim apabila merekodkan 1:49:39 saat untuk menepati ramalan sebagai juara, sekali gus mencatat rekod peribadi baru buatnya dalam acara 200m gaya bebas lelaki Kejohanan Renang Terbuka Malaysia.
Welson pula akur menghabiskan kempen itu di tempat kelima dengan catatan masa 1:52:31s.
"Saya sering meminta panduan daripadanya sejak dulu lagi.
"Hari ini saya selesa dengan strategi yang diterapkan," katanya di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.
Acara 100m kuak dada wanita menyaksikan perenang negara, Phee Jinq En, terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas pesaing dari Denmark, Thea Blomsterg, menghabiskan renangan dengan catatan 1:08:35s.
Sementara itu, Andrew Goh memecah rekod kebangsaan 100m gaya bebas lelaki dengan catatan baru 1:02:30s, 0.04s dibezakan dengan rekod lama untuk menduduki tempat ketiga di belakang wakil India dan Namibia.
1:02:34 saat dan atlit dari selangor membuat renangan
"Saya rasa perubahan barisan kejurulatihan banyak membantu meningkatkan tahap renangan saya," katanya pula.
#Renang
;