Skip to main content

Sukan SEA

Renang Seirama: Sukan Asia, Olimpik sasaran baru Yhing Huey-Hua Wei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

20817yhinghueyhuawi4.jpeg
Maksud mendalam lagu yang menjadi pilihan pasangan emas duet rutin bebas, Lee Yhing Huey dan Gan Hua Wei, menjadi titik tolak kepada ekspresi wajah dan juga gerakan kemas mengatasi pencabar utama mereka, pasangan dari Singapura, Debbie Soh Li Fei-Miya Yong Hsing, sebentar tadi.

Kegembiraan di wajah mereka merupakan tanda kepuasan selepas melewati suka-duka bersaing mendapatkan kedudukan terbaik sepanjang saingan.

"Maksud tema lagu kami adalah berkenaan dengan peperangan dan pertengahannya pula mengenai percintaan dan kasih sayang dengan penamat gembira," kata Hua Wei.

"Ia membuatkan saya lebih dahagakan lebih banyak kejayaan. Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kami."

Yhing Huey menyifatkan perjalanan mereka masih jauh dan melaungkan semangat untuk cuba beraksi di pentas yang lebih tinggi pada masa akan datang.

"Perjalanan kami masih jauh dan gandingan kami masih baru. Kami akan bersedia untuk menghadapi Sukan Asia 2018 dan matlamat utama kami adalah untuk layak ke Sukan Olimpik 2020,” tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video