"Hanya kami yang faham kesusahan kami." Pasangan duo bagi rutin teknikal, Gan Hua Wei dan Lee Yhing Huey, tidak dapat menahan linangan air mata sebaik mengimbas semula kesukaran dan kesakitan yang dialami demi maruah negara.
Gembira dengan catatan terbaik 74.3659 mata tetapi belum cukup untuk mereka dikalungkan pingat emas.
Kedua-dua perenang ini masih positif menerima kekalahan tipis mereka di tangan duo Singapura, namun mereka tewas dengan emosi sebaik mengimbas semula kesukaran yang dialami sepanjang tempoh latihan.
Tidak menjalani kehidupan normal seperti remaja lain, kebanyakan masa yang ada hanya dikhaskan sesama mereka demi mencari keserasian, malah tidak keterlaluan melebihi masa dengan rakan-rakan dan keluarga sendiri.
"Saya kelu untuk berkata-kata,” kata Hua Wei.
"Ini kerana kami sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain, tidak kira pada masa susah mahupun senang.
"Ia sungguh sukar dan ia melibatkan emosi kami bersama memandangkan dia seperti adik saya.
"Dia sentiasa ada di samping ketika saya berenang, begitu juga dengan dia.”
Mengenali satu sama lain sejak lapan tahun lalu, Hua Wei sendiri sudah menganggap Yhing Huey sebagai keluarga sendiri.
Bohong andai tidak kecewa dengan keputusan hari ini tetapi Hua Wei berjanji kebangkitan akan dilakukan untuk acara rutin duet bebas pada Ahad nanti.
"Kami banyak meluangkan masa bersama, dia sentiasa berada di sisi untuk memberi sokongan kepada saya.
"Tidak mengapa, kami hanya meraih perak. Kami akan berusaha lebih keras untuk acara rutin duet bebas, Ahad nanti," katanya.