Skip to main content

Sukan SEA

Renang Seirama: Atasi kesilapan kecil butirkan emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

whatsapp-image-2017-08-20-at-15-44-21.jpeg
Risau untuk melakukan beberapa kesilapan kecil yang sering berlaku ketika sesi latihan tidak menggugat semangat pasangan rutin duet bebas negara, Lee Yhing Huey dan Gan Hua Wei, yang akhirnya berjaya mengatasi kesukaran itu menerusi catatan terbaik 76.3000 mata, hari ini.

Hingga ke saat akhir, situasi itu sering menghantui pasangan ini, namun kedua-duanya berjaya dengan mempamerkan aksi menarik bagi mengakhiri cabaran dalam saingan Sukan SEA kali ini dengan kutipan pingat emas.

"Kami membuat beberapa kesilapan kecil tetapi kami terus fokus dan akhirnya berjaya melaksanakannya dengan baik," kata Yhing Huey.

Dia berasa lega segala-galanya berjalan dengan lancar selepas kecewa sekadar mengutip dua pingat perak dalam dua acara terdahulu.

"Ia sangat sukar tetapi pada akhirnya, kami meraih apa yang kami telah kami usahakan."

Aksi di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil turut menyaksikan pencabar utama, Singapura, terpaksa berpuas hati dengan pingat perak manakala gangsa milik Indonesia.

Advertisement

Must Watch Video