Skip to main content

Sukan SEA

Renang Seirama: 0.3 mata pisahkan emas daripada Yhing Huey

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-yhing-huey-170817.jpg
“Beza 0.3 mata buat saya begitu terkilan,” itu luahan pemenang pingat perak renang seirama bagi rutin solo bebas, Lee Yhing Huey, yang gagal mengawal perasaan sebaik pengumuman keputusan keseluruhan miliknya gagal mengatasi lawan dari Singapura, Debbie Loh.

Yhing Huey hampa dengan keputusan itu, namun terpaksa akur dengan pingat perak menerusi keputusan 74.7000 mata, 0.3 mata kurang daripada Debbie yang memperoleh pingat emas.

Yhing Huey berjaya melakukan catatan yang melebihi sasaran awal tetapi belum cukup bagi juri yang menilai persembahan pemenang pingat emas di Sukan SEA Indonesia 2011 ini.

Seorang lagi wakil negara, Foong Yan Nie, sekadar di kedudukan keempat dengan catatan 71.8667 mata.

"Saya beraksi dengan baik. Sepanjang tahun ini, kami mencapai sasaran markah yang dihajati, 74.00 mata.

"Saya berjaya mengutip mata melebihi yang ditetapkan," ujarnya.

Air mata cuba dibendung Yhing Huey dengan menenangkan perasaan selepas mengetahui markah keseluruhannya gagal menyaingi Debbie.

Namun, emosinya terkawal tatkala rakan senegara mengerumuninya untuk memberikan kata-kata semangat bahawa ini bukan pengakhiran.

Masih ada dua acara, iaitu rutin teknikal duet dan rutin bebas duet dilihat sebagai peluang terbaik buat Yhing Huey menebus kehampaan.
 
"Saya kecewa kerana saya begitu ingin memenangi emas buat Malaysia.

"Jurang 0.03 mata sangat tipis. Singapura mempamerkan peningkatan yang mendadak, kami juga menunjukkan peningkatan tetapi mereka lebih baik lagi," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video