Skip to main content

Sukan Lain

Renang: ASUM usaha bantu Jinq En berlatih di AS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

phee-jinq-en-2.jpg
Situasi pemenang pingat emas Sukan SEA Filipina 2019, Phee Jinq En, mendapat perhatian Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).

Setiausaha Kehormat ASUM, Mae Chan, menjelaskan badan induk itu sedang mengusahakan sesuatu buat jaguh kuak dada wanita itu memandangkan dia di bawah Program Road to Tokyo (RTT).

"Oleh kerana Sukan Olimpik ditangguhkan setahun dan dalam masa yang sama pengajiannya di sana akan tamat, jadi kami perlu cari jalan untuk mendapatkan dana buatnya.

"Dia disenaraikan dalam Program RTT, jadi kami perlu membuat peruntukan baru bagi program latihannya," katanya ketika dihubungi. 

Mae Chan turut memberi sokongan penuh atas keputusan Jinq En untuk terus berlatih di Amerika Syarikat (AS), lebih-lebih lagi selepas penampilan memberangsangkannya dalam Sukan SEA Filipina yang membutirkan dua emas. 

"Kami enggan mengganggunya buat masa ini.

"Tetapi kalau dia berasa selesa untuk kekal dibimbing jurulatih sedia ada, kami akan memberikan sokongan kepadanya."

 

Advertisement

Must Watch Video