Skip to main content

Permotoran

Redbull MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish azam ulangi kejayaan 2024 di Litar Aragon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakim-danish_1.jpg
Selepas menamatkan perlumbaan pusingan kedua FIM JuniorGP World Championship di Litar Jerez, Sepanyol, minggu lalu, Hakim Danish Ramli sudah bersedia untuk beralih kepada cabaran pusingan ketiga Redbull Motogp Rookies Cup.

Apatah lagi perlumbaan kali ini dijadual berlangsung di salah sebuah litar paling ikonik di Sepanyol, Motorland Aragon.

Litar sepanjang 5.08 kilometer ini menampilkan 17 selekoh iaitu 7 ke kanan, 10 ke kiri serta satu laluan lurus sejauh 968 meter yang dijangka memberikan cabaran kepada semua pelumba, termasuk Hakim Danish yang kini sedang memburu kejuaraan keseluruhan musim ini.

Hakim Danish ketika ini mendahului carta keseluruhan pelumba dengan kutipan 80 mata untuk meninggalkan pelumba Sepanyol, Benat Fernandez, di tangga kedua dengan perbezaan 23 mata. 

Sementara itu, pencabar utamanya, Brian Uriarte, yang juga dari Sepanyol berada di kedudukan ketiga dengan perbezaan 30 mata dari Hakim Danish.




Perlumbaan minggu ini sememangnya dinanti-nantikan ramai, apatah lagi Litar Aragon menyimpan kenangan manis buatnya yang pernah menjuarai perlumbaan kedua Redbull MotoGP Rookies Cup pada musim 2024.

"Sebaik habis perlumbaan di Jerez, saya kembali ke Barcelona untuk mempersiapkan daripada segi motosikal dan kecergasan. 

"Saya perlu perbaiki catatan masa kelayakan selepas insiden di Jerez," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 
 

Advertisement

Must Watch Video