Selepas lima perlawanan Saingan Siri Pro Snapdragon 2024 yang dihadapi Yoodo Red Giants, mereka berjaya mencatat lima kemenangan berturut-turut untuk meraih 13 mata secara keseluruhan.
Dengan perlawanan pertama berdepan Smart Omega dari Filipina, mereka mudah mengatasi pasukan itu 2-0 sebelum teruskan momentum cemerlang jinakkan lawan yang sama di final MSC 2024, Falcons Ap.Bren, juga dengan keputusan 2-0.
Memasuki perlawanan ketiga, mereka sekali lagi tidak tunduk dengan kehadiran bekas juara dunia, Fnatic Onic, dengan kemenangan 2-1.
Dua lagi perlawanan melibatkan See You Soon dan Rebellion E-Sports masing-masing berakhir dengan keputusan 2-1 dan 2-0.
Mengikut kedudukan akhir dalam kumpulan, Yoodo Red Giants akan menunggu antara Falcon AP.Bren atau NIP Flash di separuh akhir upper bracket di mana kedua-dua pasukan itu akan berentap di suku akhir upper bracket.
Manakala lagi satu wakil negara, HomeBois akan hadapi Fnatic ONIC di satu lagi suku akhir upper bracket untuk merebut slot separuh akhir upper bracket menentang Team Liquid PH.