Peminat sukan permotoran negara pasti teruja dengan aksi cemerlang Hakim Danish Ramli yang bakal disajikan dalam pusingan keempat dalam perlumbaan 1 dan perlumbaan 2 Red Bull Rookies Cup di Mugello, Itali, malam ini.
Dalam latihan bebas pertama, Hakim Danish muncul pelumba terpantas dengan catatan masa 2 minit 1.542 saat.
Pelumba SIC Racing itu terus menunjukkan konsistensi dalam latihan bebas kedua dengan masa 2 minit 1.070 saat untuk menempatkan dirinya di kedudukan keempat.
Namun, dalam sesi kelayakan, Hakim Danish akan memulakan perlumbaan dari petak kelima -- satu posisi yang masih strategik untuk memburu podium.
Turut menjadi tumpuan ialah pencabar terdekatnya dalam perebutan gelaran keseluruhan, Brian Uriarte, dari Sepanyol.
Uriarte menguasai petak utama dan ketika ini dipisahkan kurang 30 mata dari pelumba kelahiran Terengganu itu yang dalam misi mempertahankan kejuaraan keseluruhan yang dimenangi tahun lalu.
"Catatan lima pelumba di depan sangat sengit dalam perlumbaab 2.
"Saya bergelut kerana ramai pelumba cuba mengekang saya" katanya.