Skip to main content

Permotoran

Red Bull MotoGP Rookies Cup: 'Saya percaya apa-apa boleh berlaku'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zk.jpg
Selepas melalui enam pusingan Red Bull MotoGP Rookies Cup, pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin,  menyifatkan status pelumba cilik negara, Hakim Danish sebagai satu nama yang layak digeruni dalam litar perlumbaan.

Meskipun mengakui pusingan keenam di Austria seakan tidak berpihak kepada Danish, namun dia mempercayai mentaliti juara dimiliki pelumba berusia 18 tahun itu mampu meningkatkan kembali prestasi cemerlang sedia ada. 

Dan kini, misi getir tertumpu kepada saingan penutup musim yang merupakan medan terakhir untuk Danish mencuri semula kedudukan seteru utama dari Sepanyol, Brian Uriarte, yang kini meletakkan jurang 26 mata di ranking pertama sementara danish di ranking ketiga. 




"Saya percaya apa-apa boleh berlaku.

"Ia menawarkan hampir 50 mata di pusingan terakhir dengan dua perlumbaan. 

"Kita harapkan yang terbaik dan saya pasti Danish akan berusaha sehabisnya supaya kekal bersedia dan memberikan saingan terhebat," katanya di Nadi Arena.
Redbull Cap

Lengkapkan Sporty Look Anda

Cap Red Bull ni bukan saja selesa, tapi tambah gaya bila dipakai — sesuai untuk aktiviti santai atau bila nak nampak lebih sporty.


Tambah ke Koleksi

Advertisement

Must Watch Video