Skip to main content

Permotoran

Red Bull MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish terlepas podium, janji bangkit baiki kedudukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakim.jpg
Pelumba remaja negara, Muhammad Hakim Danish Ramli, mengakhiri perlumbaan 1 Red Bull MotoGP Rookies Cup di tempat ke-11 selepas memulakan perlumbaan di petak ke -10 pada sesi kelayakan, semalam.

Menurut pelumba berusia 17 tahun itu, pelumbaan di Litar TT ASSEN, Belanda, bermula dengan baik namun beberapa kesilapan mudah dilakukan yang mengakibatkannya terlepas sasaran podium.

Kendatipun begitu, Hakim Danish masih berpeluang memperbaiki keputusan itu di perlumbaan kedua jam 9.30 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video