Skip to main content

Permotoran

Red Bull MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish sangkut di tempat ke-13

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

motogp.jpg
Selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelapan dalam aksi semalam, Hakim Danish sekali lagi turun untuk menebus kehampaan itu dalam perlumbaan kedua Red Bull MotoGP Rookies Cup di Austria.

Memulakan saingan di kedudukan kesembilan, Hakim Danish melakukan henjutan sehingga mampu meraih kedudukan baik selepas mengharungi tujuh pusingan di kedudukan kedua.

Namun, malang mula menimpanya selepas menerima amaran 'track limit' di pusingan kelapan sebelum dia terpaksa memasuki laluan sisi litar ketika perlumbaan memasuki pusingan ke-10 selepas dikenakan 'long lap penalti'.




Keadaan itu menyebabkan Hakim terperosok di kedudukan ke-16 sebelum bergelut untuk menghambat kembali kedudukan di kelompok pendahulu.

Malangnya, pusingan perlumbaan yang berbaki tidak mencukupi untuk dia memberikan henjutan terbaik untuk kembali menempatkan diri di kelompok hadapan.

Hakim Danish terpaksa berpuas hati sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-13.

Dengan keputusan terikini, Hakim Danish kini berada di kedudukan ketiga dalam carta keseluruhan pelumba.
 

Advertisement

Must Watch Video