Skip to main content

Permotoran

Red Bull MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish kecewa tapi enggan mengalah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakim-danish.jpg
Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, bersedia kembali beraksi dalam pusingan kelima pada di Sachsenring, Jerman, malam ini. 




Selepas insiden terjatuh dalam hujan dalam pusingan ketiga FIM JuniorGP di Litar Magny-Cours minggu lalu tatkala dia berada di kedudukan keenam.

Dengan semangat dan pengalaman baharu, Hakim Danish kini fokus untuk mengekalkan rentak sebagai pendahulu carta keseluruhan. 

Dia akan memulakan perlumbaan dari petak ke-13, satu cabaran besar di litar yang dikenali sebagai the Sachsenring Rollercoaster kerana layout berbukit dan selekoh kirinya yang mencabar. 

"Saingan cukup sengit, posisi setiap pelumba juga rapat. 

"Saya agak kecewa untuk bermula di posisi ke-13.

"Apa pun saya positif dan akan tingkatkan mutu tunggangan sambil berharap rakyat Malaysia doakan kejayaan saya dalam perlumbaan 1," katanya. 

Hakim Danish ketika ini mendahului dengan 148 mata, 32 mata di hadapan pencabarnya dari Sepanyol, Brian Uriarte. 

Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, turut berada di Sachsenring bagi memastikan strategi pasukan berjalan lancar.

 

Advertisement

Must Watch Video