Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, menamatkan musim Red Bull MotoGP Rookies Cup 2025 di tempat ketiga keseluruhan selepas terlibat dengan kemalangan dalam perlumbaan kedua pusingan tujuh di Litar Misano, Itali sebentar tadi.
Hakim Danish terlibat dengan kemalangan berbaki lapan pusingan terakhir perlumbaan penutup itu selepas menamatkan perlumbaan pertama di tempat ke-10 semalam.
Walaupun begitu, pelumba negara itu menjadi rakyat Malaysia pertama menamatkan musim MotoGP Rookies Cup di tempat ketiga keseluruhan dengan 165 mata dan hanya dibezakan lima mata dengan pelumba Indonesia, Veda Pratama, di tempat kedua.
Juara keseluruhan menjadi milik pelumba Sepanyol, Brian Uriarte, yang mendominasi saingan dengan 191 mata.
Tahniah Hakim Danish! Terus harumkan nama negara!