Litar Sachsenring, Jerman, tampak tidak memihak Hakim Danish Ramli selepas terlibat dengan insiden awal yang mengakibatkannya terpaksa menamatkan perlumbaan 2 Red Bull MotoGP Rookies Cup, malam tadi di kedudukan ke-18.
Meskipun bermula dengan baik dalam pusingan kelima itu, Hakim Danish yang berada di kedudukan kelompok utama berdepan detik cemas selepas hilang kawalan jentera lalu terlanggar tayar belakang pelumba di hadapannya dalam selekoh pertama.
Tetapi insiden itu tidak mematahkan semangat juangnya yang bangkit dengan pantas untuk meneruskan perlumbaan walaupun sudah jauh ketinggalan.
Podium tertinggi dihuni pelumba Indonesia, Veda Pratama diikuti pelumba Jepun, Zen Mitani, dan melengkapkan podium adalah Yaroslav Karpushin dari Kyrgyzstan.
"Saya agak kecewa kerana terjatuh.
"Saya brek terlampau kuat dan hilang (posisi dalam) kelompok hadapan.
"Saya akan ambil (kejadian) ini sebagai iktibar dan belajar agar tidak melakukan kesilapan di Austria.
"Berbaki empat pusingan lagi musim ini, saya akan berjuang sampai habis," katanya.