BERBASIKAL

Razlan Razali calon presiden PBKL?

Muzaffar Musa 06/01/2024 | 06:34 MYT
Datuk Razlan Razali kelihatan akan menjadi calon jawatan presiden Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL).
Bekas prinsipal pasukan MotoGP, Sepang Racing Team (SRT) dan RNF MotoGP Racing, itu dilaporkan bersedia untuk mengemudi persatuan berbasikal berkenaan.
Sebuah portal sukan permotoran tempatan melaporkan bahawa persatuan itu sudah menawarkan jawatan berkenaan kepada Razlan sejak tahun lalu dan selepas perbincangan dengan barisan kejurulatihan dan ahli jawatankuasa, Razlan dikatakan bersedia untuk memikul tanggungjawab berkenaan.
“Berbasikal adalah hobi saya, saya gemar berbasikal sejak 13, 14 tahun dan pernah berlatih dengan jurulatih Ng Joo Ngan. Apa yang berkaitan dengan dua roda saya berminat, terutama jika terkait dengan pembangunan bakat,” katanya dalam laporan itu.
Sebagai rekod, PBKL akan mengadakaan pemilihan bulan depan.
#Berbasikal #Berbasikal Lebuh Raya #Razlan Razali
;