GIMNASTIK

Ratu gimrama, Izzah Amzan kini berkecimpung dalam bidang kejurulatihan

Stadium Astro
Fariha Razak
21/03/2025
10:07 MYT
Sponsor Banner
Ratu gimrama, Izzah Amzan kini berkecimpung dalam bidang kejurulatihan
Ditemui dalam penggambaran episode terakhir ‘Buka Apa Tu’ yang akan menemui penonton pada 25 Mac ini di Nadi Arena, ratu gimrama negara, Izzah Amzan, berkongsi yang kini dia sedang bergiat aktif dalam bidang kejurulatihan bersama sebuah kelab gimnastik berirama di Kuala Lumpur.
Sebelum ini juga pada tahun 2022, Izzah telah mengeluarkan sebuah buku autobigrafi yang berjudul ’18 Years of the Life of a Gymnast’ yang mengisahkan tentang perjalanan kareernya sepanjang 18 tahun sebagai seorang atlit gimnastik berirama.
Apabila ditanya sama ada dia rindu untuk beraksi semula secara kompetitif, Izzah menjawab, “Sudah pasti ada perasaan rindu itu tetapi kini saya lebih berminat untuk menumpukan fokus sebagai seorang jurulatih untuk membantu atlit muda mengembangkan bakat dari kecil lagi.”
Walaupun ramai yang tertanya tanya mengapa Izzah tidak lagi mengambil bahagian kerana dia tidak pernah membuat kenyataan secara rasmi mengatakan yang dia ingin bersara tetapi dari gambar dan video yang sering dimuat naik di media sosialnya, dapat dilihat yang atlit manis berusia 25 tahun itu sudah bersedia untuk beralih arah dari menjadi seorang atlit ke jurulatih.
Apa pun, peminat Izzah sudah pasti mengharapkan yang terbaik dan selebihnya anda boleh saksikan dalam Buka Apa Tu yang akan bersiaran pada 25 Mac ini jam 7.30 malam di Nadi Arena.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video