Rakyat Johor teguh di belakang TMJ
Jun 10, 2024 14:20 MYT
Rakyat Johor menyatakan sokongan penuh terhadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang meluahkan pandangan mengenai isu yang melanda khususnya insiden pemain kebangsaan, Faisal Halim, dalam Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity.
Setiap jawapan yang dilontarkan oleh Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mendapat sorakan penonton yang hadir ketika sesi audio siar bersama pempengaruh media sosial, Azman Naim.
Ini menggambarkan keseluruhan rakyat Johor sentiasa berdiri di belakang kempimpinan Tunku Ismail sebagai individu yang akan mengemudi negeri itu.