Skip to main content

Sukan Lain

Rahsia sebenar Novak Djokovic makan rumput selepas menang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

190714143839-05-novak-djokovic-0714.jpg
Pelik tapi benar, itulah yang melanda sebahagian besar peminat tenis dunia apabila menyaksikan pemenang 24 kali Grand Slam, Novak Djokovic yang secara tiba-tiba memakan rumput selepas menang dalam aksi perlawanan.

Tabiat itu sebenarnya bukanlah baharu tetapi telah lama diamalkan oleh pemain dari Serbia itu yang mula disedari oleh penonton yang hadir pada perlawanan yang melibatkan beliau.

Pemain yang menduduki ranking ke-5 dunia ketika ini dilihat tanpa segan silu dan was-was untuk mencangkung dan mengambil sedikit rumput sebelum menyuapkan ke dalam mulutnya sebelum memakanya.

Bagi sebahagian peminat yang baru melihatnya ia seakan perkara yang memalukan tapi tidak bagi peminat yang sedia maklum tentang tabiat Djokovic.

Sebenarnya ia merupakan sebahagian tradisi peribadi Djokovic selepas memenangi perlawanan yang dianggap penting olehnya dan ia pernah mendapat liputan meluas dikalangan media sebelum ini.

Malah media antarabangsa yang pernah bertanyakan hal itu kepada beliau juga tidak mampu mendapatkan jawapan yang sebenar darinya melainkan hanya sekadar tradisi dan bukanlah sebahagian daripada proses yang perlu ditiru.

Namun Djokovic pernah berkongsi tentang rasanya..

"Saya tak tahu apa yang perlu dilakukan ketika beremosi ketika itu, ia sesuatu yang hebat dan rasanya juga sangat enak dan ia dilakukan secara spontan." Katanya kepada media yang pernah bertanyakan hal itu kepada beliau.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video