Juara bertahan Super Schools Rugby (SSR) 2025, SMS Hulu Selangor (SEMASHUR) yang kini dalam misi getir untuk merebut slot ke suku akhir perlu terlebih dahulu berdepan dengan tentangan daripada naib juara Kumpulan C, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA).
Ketua jurulatihnya mengakui, SEMASHUR kini masih bergelut dengan cabaran mencari rentak permainan dalam musim ini meskipun turun dengan status sebagai finalis empat kali berturut-turut kejohanan.
Bagaimanapun, titik kelemahan itu bukan lah satu faktor yang perlu difokuskan selepas mengambil kira banyak penambahbaikan positif yang telah ditunjukkan SEMASHUR yang sekaligus mampu menjadi 'racun' buat lawan terdekatnya, SAINA.
Pentas pusingan 16 yang akan berlangsung esok akan menjadi penentu pasukan mana yang mampu menempah nama untuk menyertai tujuh pasukan lain ke dalam saingan suku akhir SSR 2025.
SEMASHUR kini bergelut dengan cabaran mencari rentak permainan dalam musim ini meskipun turun dengan status sebagai finalis 4 kali berturut-turut Super Schools Rugby!???#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/1O1kB7iAJd
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 23, 2025