Pasukan handalan, Victoria Institutions, mengukuhkan reputasi dalam sukan ragbi apabila membuka kempen Kejohanan Super School Rugby (SSR) 2025 kali ini dengan kemenangan 36-0 mengatasi MRSM Alor Gajah hari ini.
Beraksi di padang keramat Victoria Institutions, pasukan tuan rumah ternyata berada di kelas tersendiri apabila memperagakan corak permainan kemas dan terpuji.
Paling mencuri tumpuan adalah kelincahan Muhammad Luqman Hakim yang melakukan dua try cantik serta bijak mengeskploitasi ruang pertahanan pasukan lawan.
Victoria terus mengganas dengan deretan try disumbangkan oleh Syed Muhammad Hazrik disusuli Muhammad Danish Eusoff melengkapkan dominasi.
Arkitek kepada dominasi total (vi), Ummair Rayyan Sabri yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan selepas melakukan 1 try di penghujung saingan dan tiga convertion yang sempurna.
"Kita jangkakan separuh masa pertama itu ada saingan yang adil, kurang berpuas hati kerana ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki.
"Kita perlu puji Alor Gajah kerana Breakdown mereka sangat kemas," kata ketua jurulatih Victoria Institutions, Rozhan Yahya.
Keputusan ini memang saya jangkakan kerana ini merupakan penyertaan pertama kali dalam SSR, jadi pemain agak gugup beraksi di tempat lawan.
"Namun mereka pamerkan semangat yang bersungguh-sungguh." tambah ketua jurulatih MRSM Alor Gajah, Nizam Abdul Hamid.