Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School Malaysia: Victoria Institution tak rela episod duka berulang kembali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi.jpg
Menuju saingan suku akhir Super Schools Rugby 2025 antara Victoria Institution (VI) dan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) yang dijangkakan sengit.

Ketua jurulatih VI, Rozhan Yahya, mengakui ianya misi sukar apatah lagi rekod pertemuan terakhir memihak kepada SDAR dalam saingan KL Tigers International 15's pada Februari lalu.

"Sebagai jurulatih saya terasa kekalahan tahun lalu, keperitan masih terasa sebelu ini. Kami telah kenal pasti kelemahan dan mereka tahu kekuatan serta kelemahan VI, begitu juga kami," katanya.






Sementara itu, kapten pasukan, Izz Dhani, bertekad tidak mahu sejarah duka tahun lalu berulang kembali. 

Dia berasakan segala kekuatan SDAR telah dikenal pasti, dan VI bersedia melakukan apa sahaja untuk memperbaharui rekod di pentas SSR kali ini.

"Kami jadikan perlawanan lepas sebagai pengajaran, tahun lepas dah kalah takkan tahun ini sama lagi. Kami akan lakukan yang terbaik.

"Kami perlu focus pada aspek pertahanan." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video