Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School Malaysia: Victoria Institution mantapkan aspek pertahanan sebelum berdepan Shah Pekan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vi.jpg
Menjelang pusingan 16 terbaik Ragbi Super School Malaysia (SSR) 2025 yang menemukan Victoria Institution (VI) yang bakal melayani kunjungan Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Shah Pekan) di gelanggang mereka sendiri pada Ahad ini.

Ketua jurulatih VI, Rozhan Yahya, menyifatkan persiapan VI menentang Shah Pekan hampir sama seperti menghadapi Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) di mana sebelum ini, mereka tiada pengalaman berjumpa meskipun sekali dalam sejarah.

"Setiap pasukan kami berikan penghormatan, kami buat persediaan rapi dan mungkin lebih kerana mereka sudah layak ke pusingan 16.

"Jadi kami perlu berhati-hati dan focus pada segi taktikal selain tumpukan daripada aspek pertahanan untuk mendapat hasil terbaik," katanya.

Sementara itu, Kapten VI, Izz Dhani Mohd Firdaus, berharap momentum kemenangan di peringkat kumpulan mampu melonjak pasukan di saingan peringka kalah mati sekali gus mengecapi impian mara ke final SSR 2025.

"Dalam peringkat kumpulan kami telah buat persediaan terbaik dan mengikuti strategi yang jurulatih rancang. Kami akan ikuti strategi untuk menang berdepan Shah Pekan nanti." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video