Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School Malaysia: SMK Shah Alam gementar tapi berjaya atasi Cobra

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi.jpg
Ketua jurulatih ragbi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam, Mohamad Alif Asyraf, menegaskan kebangkitan yang dipamerkan anak buahnya bermula daripada taktikal agresif ketika menyerang tanpa henti.

Selepas kembali daripada bilik persalinan, para pemain menonjolkan kualiti permainan yang berbeza untuk menumpaskan pihak lawan. 

"Sewaktu separuh masa, saya mengingatkan semua pemain supaya tidak melakukan kesilapan kecil yang boleh memberi ruang kepada pasukan lawan mendapatkan try.

"Saya mahu pemain bekerja keras," katanya di Nadi Weekend.




Sementara itu, Pemain Terbaik Perlawanan, Meor Afiq Haidar, mengakui suntikan semangat yang diberikan sangat mempengaruhi corak aksi, sekali gus memastika kejayaan bermakna menewaskan Cobra. 

"Sebenarnya, seluruh pasukan agak gementar kerana ini merupakan kejohanan besar, tapi jurulatih menyeru supaya jangan mengaku kalah," katanya.

Aksi pembukaan Kumpulan Y menyaksikan SMK Shah Alam mengatasi Cobra 14-13 di Stadium Padang Astaka, Petaling Jaya, hari ini.

Advertisement

Must Watch Video