Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School Malaysia: SEMASHUR tekad pertahan kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

coach-semashur-super-school.jpg
Juara bertahan Kejohanan Ragbi Super School Malaysia, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) bertekad untuk mempertahan kejuaraan menjelang aksi separuh akhir bertemu MRSM Balik Pulau (MRSMBP) di Putrajaya pada Sabtu ini.

Seandainya menang dalam pertemuan itu, mereka akan layak ke pentas final buat lima edisi berturut-turut.

Daripada empat penampilan final sebelum ini, SEMASHUR muncul juara sebanyak dua kali dan reputasi itu pasti akan memberikan mereka lebih tekanan untuk memburu slot final.

Ketua jurulatih, Hafizul Saiful Anuar, berkata kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom: "Bagi saya peluang sentiasa terbuka buat setiap pasukan.

"Untuk perlawanan kali ini, kami masih rasakan peluangnya 50-50. Kami perlu menunjukkan disiplin yang baik, cara permainan yang bagus dan kurangkan kesilapan.

"Insya-Allah, sekiranya pemain dapat melaksanakan perkara itu, kami akan dapat ke final."
 

Advertisement

Must Watch Video