Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) mengalami kekalahan tipis 15-17 ke atas juara bertahan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) dalam saingan Super Schools Rugby (SSR) hari ini.
Biarpun Alam Shah turun dengan reputasi gemilang tanpa sebarang kekalahan pada edisi kali ini, selepas menewaskan cabaran Sekolah Datuk Abdul Razak dan Sekolah Menengah Sains Tunku Jaafar, namun berdepan Semashur mereka seakan berjumpa pencabar sebenar.
Dengan kedudukan kelihatan hampir menuju tamat separuh masa pertama menerusi perolehan awal memihak semashur 12-10, juara dua kali SSR itu terus menyinar dalam baki 30 minit permainan, apabila Danish Muhaimin menyumbangkan 'try' bermakna buat skuad Semashur.
Sebelum Arief Zakwan Zainudin merapatkan kedudukan kepada 15-17 ketika aksi berbaki satu minit lagi, namun hasrat SAS untuk melakukan sekurang-kurangnya satu lagi 'try' tidak berhasil sekali gus menyaksikan Semashur dinobat pemenang hasil keputusan akhir 17-15.
Kemenangan bermakna Semashur itu melonjak kedudukan juara bertahan ini selaku juara Kumpulan A, sementara Alam Shah jatuh ke tangga ketiga selepas meraih kemenangan 74-6 ke atas Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar untuk pasukan dari Negeri Sembilan itu menghuni kedudukan kedua dalam Kumpulan A.