Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School Malaysia: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail terus ungguli Pool Z

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ssmst.jpg
Selepas mencatatkan kemenangan dalam dua perlawanan awal, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) meneruskan momentum kemenangan apabila berjaya mengatasi Akademi Ragbi Melaka (AKRAM) dengan keputusan 50- 8.

Meskipun beraksi di tempat lawan, ternyata ia bukan tugas sukar buat SSTMI apabila menjadikan AKRAM sebagai mangsa seterusnya untuk mengungguli Pool Z dengan 10 mata.

Empat tries berjaya diperolehi SSTMI dalam babak pertama untuk meninggalkan lawan 31-3.

Bersambung babak kedua menyaksikan SSTMI terus mengganas tanpa sebarang simpati dengan kualiti permainan mereka yang sememangnya sukar digugat terutamanya menerusi gerakan Muhammad Riyadh Muhaimin dan Mohamad Razali Rizal yang masing-masing berjaya menyumbangkan dua try. 





Manakala, tuan rumah hanya mampu melakukan satu try menerusi Muhammad Alif Aikal dan satu penalti yang disempurnakan oleh Ammar Haqimi Umar.

Kemenangan itu turut melanjutkan prestasi cemerlang SSTMI di peringkat kumpulan, dengan muncul pasukan tunggal tanpa sebarang kekalahan selepas tiga perlawanan. Malah, AKRAM di kedudukan terakhir tanpa kemenangan.  

Kini tinggal perebutan tempat kedua untuk layak ke peringkat seterusnya antara Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba dan Kuala Lumpur Tigers.

Advertisement

Must Watch Video