Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School Malaysia: SDAR atasi Kolej Yayasan Saad untuk ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbo-ss.jpg
Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) mara ke suku akhir Kejohanan Ragbi Super School Malaysia apabila menewaskan Kolej Yayasan Saad (KYS) dalam aksi pusingan 16 di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.

KYS berada di depan seawal minit ketujuh menerusi try Mohamed Aryan, yang bijak menembusi pertahanan SDAR tetapi conversion yang dilakukan Mohamad Feras gagal menemui sasaran.

Dengan asakan berterusan, SDAR menyamakan kedudukan hasil try Ahmad Rifdi sebelum conversion yang disudahkan meletakkan pasukan itu di depan buat kali pertama.

Dalam separuh masa kedua, KYS kembali di depan menerusi try oleh Mohamad Feras dan disudahkan dengan conversion Adrian Aiman bagi mendahului 12-7.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan kemudian terikat 17-17 tetapi satu try yang diperoleh SDAR dalam masa tambahan memastikan mereka ke suku akhir dengan kemenangan 22-17.
 

Advertisement

Must Watch Video