Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School Malaysia: Saingan lebih sengit, siapa buat silap akan kalah -- Kapten STAR

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mckk.jpg
Perebutan slot separuh akhir dalam Kejuaraan Super Schools Rugby Malaysia 2025 antara Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) dan The Malay College Kuala Kangsar menerima jolokan sebagai pertemuan 'El classico' Perak.

Dua musuh tradisi itu bakal berentap untuk memastikan hasrat mara ke pentas final bukan sekadar angan kosong.

Kapten STAR, Muhammad Amir Mirza, 10 tahun lalu pasukannya merupakan juara pertama bagi penganjuran itu.






Seiring dengan statusnya sebagai pemain senior yang membuat penampilan kali terakhir, Amir berharap ada pengakhiran manis dalam kejohanan kali ini sekali gus menyasarkan tahun ke-10 yang cukup bermakna buat STAR..

"Saya jangkakan saingan suku akhir kali ini akan menjadi sengit kerana saya rasa kami berdua pasukan yang kuat, masing-masing ada kekuatan sendiri.

"Aksi ini 50-50, jika siapa yang buat kesalahan dia akan kalah. Kami yakin dengan pasukan kami," katanya.

Terdapat pengorbanan yang dilalui Amir bersama rakan-rakannya, dimana masa belajar adalah pengorbanan terbesar yang perlu di ambik skuad STAR demi kejayaan yang diharapkan.

"Pengorbanan paling berat adalah pelajaran kerana ada waktu saya perlu turun latihan awal dan terlepas kelas. Itu pengorbanan saya dan rakan-rakan untuk mengejar silibus pelajaran." tambahnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video