RAGBI
Ragbi Super School Malaysia: SAINA gugat ego tuan rumah, SESMA
Sekolah Menengah Sains (SMS) Pokok Sena (SAINA) nyata enggan memberi muka buat pasukan tuan rumah, SMS Sultan Mahmud (SESMA) selepas membenam dengan keputusan penuh 37-3 dalam perlawanan keenam Pool C Super Schools Rugby (SSR).
SAINA membuka tirai jaringan menerusi dua try pantas, Asyraf Zikry Mohamad, yang jelas menjadi ancaman utama di bahagian sayap sebelum tiga lagi ahli pasukannya turut menyusul dengan mencatat empat try, masing-masing menyumbang mata untuk pasukan dari Kedah itu.
Tonggak utama SAINA, Muhammad Saqif Hadri, bukan sahaja berjaya melakar dua conversion malah turut menambah tiga mata menerusi satu sepakan penalti, menjadikan jumlah mata sumbangannya sebanyak tujuh mata.
Iklan
Aksi konsistennya di posisi fly-half itu turut membawa dirinya meraih gelaran sebagai Pemain Terbaik Pelawanan.
Sementara itu, SESMA pula terpaksa akur dengan hanya tiga mata hasil sepakan penalti oleh Muhammad Adam Danish pada separuh masa kedua, sebelum, keadaan menjadi lebih sukar buat mereka apabila Muhammad Danish Zikry dilayangkan kad merah, sekali gus menggugat rentak permainan pasukan tuan rumah.
Must-Watch Video