Finalis empat kali berturut-turut iaitu Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) cemerlang membenam lawan dari Negeri Kedah, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (Saina) 27-14 dalam perlawanan kalah mati pusingan 16 Kejohanan Super School Rugby 2025.
Standoff Semashur, Noor Asyraff Noor Azezee menjadi tonggak utama dalam membantu Zealord meraih slot ke peringkat suku akhir.
Meskipun pernah berhadapan risiko mengalami kecatatan kekal akibat kecederaan mata, kapten berumur 17 tahun itu nekad membuktikan keinginannya bermain ragbi sejak di bangku sekolah rendah bukan sia-sia.
"Jika moral saya jatuh begitu juga pasukan, saya perlu terus kuat untuk pacu pasukan saya. Sasaran kami mahu pertahan gelaran juara, jika menjadi juara ia adalah kali ketiga dan cipta sejarah," katanya.
Dalam pada itu, ketua jurulatih Semashur, Hafizul Saiful Anuar, mengakui kurang berpuas hati dengan corak permainan anak buahnya yang disifatkan masih belum kemas, selain menegaskan masih terdapat kelopongan dalam aspek perlaksanaan strategi yang perlu mereka diperbaiki daripada masa ke semasa.
"Kita lihat ada beberapa kesilapan daripada aspek sokongan pemain, seperti hilang komunikasi. Jadi perlu banyak diperbaiki, kami akan cuba yang terbaik sebelum aksi seterusnya." tambahnya.