Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School Malaysia: MSRM Balik Pulau mula buat kerja rumah bagi hadapi ancaman SAS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi.jpg
Ketua jurulatih Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Muhd Izzuwan Ahmad Sukri, berkongsikan teknik serangan variasi yang dimiliki semua pasukan dalam saingan Pusingan 16, Super Schools Rugby (SSR) 2025 merupakan ancaman utama buat pasukannya.

Dia optimis pasukannya mampu menewaskan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dalam pusingan 16 terbaik nanti memandangkan mempunyai rekod baik dalam pertembungan tahun lalu, malah dia komited untuk terus memperkuatkan aspek pertahanan pasukannya.

"Penambahbaikan untuk pusingan 16 ini semestinya kena bagi lebih lagi daripada aspek persiapan terutamanya daripada segi pertahanan kerana pasukan dalam pusingan ini ada kepelbagaian teknik serangan.

"Untuk pasukan saya, ini tahun kedua kami. Kali pertama agak gugup dan tahun ini kami jadi johan peringkat kumpulan.

"Sebelum ini kami ada buat analisi permainan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS). Kami cuba datang dengan perancangan yang baru." katanya.

Dalam pada itu, jurulatih Royal Military College (RMC), Saiful Rizal Haji Zainol, pula mahu menambah baik jentera serangan memandangkan mereka akan berdepan juara dua kali iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dalam saingan pusingan 16 nanti.

"Kami akan bertemu STR yang sudah juara dua kali, kami akan cuba tambah baik daripada aspek serangan. RMC akan perkuatkan jentera serangan untuk tahan asakan pasukan lawan.

"Kelebihan STAR adalah barisan pemain belakang dia. Kekuatan RMC pula adalah daripada segi serangan, pengalaman dua pemain yang pernah beraksi di MSSM buat pasukan Kuala Lumpur ini yang akan membawa pasukan berdepan STAR nanti." ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video