Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School Malaysia: MRSM Balik Pulau tekad lunas dendam ke atas SEMASHUR

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bp.jpg
'ini tiket kami untuk balas dendam'

Itu apa yang disuarakan ketua jurulatih skuad ragbi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Mohd Izzuwan Ahmad Sukri, selepas berjaya menundukkan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (Integomb) 43-20 di Putrajaya, sebentar tadi.

Perlawanan suku akhir Super School Rugby Malaysia 2025 itu menyaksikan aksi sengit antara kedua-dua pasukan yang mahu melangkah ke pentas separuh akhir.





Malah, cerita disebaliknya adalah skuad ragbi MRSM Balik Pulau tumpas dalam separuh akhir edisi lalu ke atas Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) dan mereka akan bertemu kembali dalam kempen separuh akhir itu nanti.

"Sekali lagi jumpa SEMASHUR di separuh akhir, satu lagi peluang untuk kami cuba balas dendam. MRSM pasukan baru naik berbanding mereka yang merupakan pasukan besar.

"Kami perlu bekerja keras, mereka pasukan yang lengkap dan jaguh dalam bangkit semula," katanya.

Sementara itu, kisah berbeza buat Integomb yang tewas apabila tidak mampu menjelmakan aksi bertenaga seperti dalam pusingan 16 terbaik.

Ketua jurulatih mereka, Muhammad Imran Ali, terpaksa menggunakan ramai pemain junior di suku akhir kerana tonggak senior yang berada di tingkatan lima tidak turun kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persiapan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Integomb adalah nombor satu dalam SPM, semua orang ada sasaran mereka sendiri dan KPI. Kami hormati semua pihak dan kerana itu ramai pemain tingkatan lima tidak dapat hadir. Tahun ini kempen kami ramai pemain cedera patah." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video