Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School Malaysia: MRSM Alor Gajah akur dominasi SAINA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi.jpg
Perlawanan di antara Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) menentang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah dalam Kumpulan C, Ragbi Super School Malaysia menyaksikan kedua-dua pasukan mempunyai misi mencari kemenangan untuk merebut tangga kedua kumpulan di belakang Victoria Institution.

SAINA terlebih dahulu membuka jaringan sebaik memasuki 5 minit pertama perlawanan apabila gerakan Naufal Hafiz berjaya menembusi pemain MRSM Alor Gajah, sekali gus try pertama disudahkan buat pasukannya.

Saqif Hadri tidak berdepan masalah untuk menambah dua mata buat SAINA menerusi conversion dan kedudukan mata 7-0 kekal sehingga ke penghujung separuh masa pertama.

Dalam babak kedua perlawanan, Naufal Hafiz sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pasukan MRSM Alor Gajah apabila melakukan try kedua perlawanan untuk menjarakkan catatan mata kepada 12-0.




SAINA seperti sudah menemui rentak permainan serta lebih selesa mengasak kubu lawan menerusi gerakan Amal Wazif dan Amir Danish yang masing-masing menyumbang mata menerusi try ketiga dan keempat perlawanan.

Dan try terakhir yang disumbangkan Saqif Hadri serta conversion Amir Danish memberikan kemenangan bersih 34-0 buat SAINA.
 

Advertisement

Must Watch Video