RAGBI
Ragbi Super School Malaysia: English College kekal unggul atasi SMS Tuanku Syed Putra
Maktab Sultan Abu Bakar atau English College (EC) terus dominan apabila mudah menewaskan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, 26-8 dalam saingan Pool B Super School Rugby 2025 di Kangar, Perlis, hari ini.
EC mengorak langkah awal selepas Mujtaba Hasani meraih mata pembukaan menerusi try yang disempurnakan hasil gerakan forward play cemerlang, sebelum Luqman Hakim menyudahkan conversion buat pasukannya.
Pasukan tuan rumah cuba memberi saingan, namun sukar menghalang gerakan EC yang mengasak kubu mereka tanpa henti, sekali gus menyaksikan EC terus gah mendahului SMS Tuanku Syed Putra sehingga tamat permainan.
Iklan
Kemenangan itu jelas membuktikan reputasi English College yang terus ampuh dan kekal di tangga teratas kumpulan B dengan 14 mata.
Must-Watch Video