Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School Malaysia bukti potensi platform pencarian bakat muda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ssr.jpg
Kejohanan Ragbi Super School Malaysia terus membuktikan potensi sebagai platform pencarian bakat sukan ragbi di peringkat akar umbi apabila memasuki minggu kedua saingan, di mana setiap pasukan sekolah menampilkan kekuatan tersendiri di atas padang.

Antara aksi paling mencuri tumpuan adalah pertembungan di antara Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), yang menyaksikan MCKK enggan memberi sebarang ruang kepada lawan itu sebelum mencatatkan kemenangan bergaya 29-0.

Kemenangan mutlak itu dibuktikan menerusi kelincahan pemain terbaik perlawanan, Khairil Imran Yusri, yang menjadi penyumbang mata terbanyak dengan melengkapkan dua conversion.

Bagaimanapun, aksi itu bukan hanya berteraskan kepada keputusan di papan skor, tetapi lebih terarah kepada keberhasilan setiap sekolah dalam mempersembahkan bakat unik masing-masing, seiring dengan objektif Ragbi Super School Malaysia untuk memperluaskan bakat asas ragbi di seluruh negara.
 

Advertisement

Must Watch Video