Skip to main content

Sukan Lain

Ragbi Super School Malaysia: 4 finalis berentap di suku akhir, siapakah akan ke grand final?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ssr.jpg
Perebutan ke grand final Super School Rugby (SSR) edisi kelapan semakin mencuri tumpuan apabila menampilkan saingan hebat antara lapan pasukan di suku akhir. 

Perlawanan SSR akan berlangsung semula pada 12 dan 13 Julai untuk pertembungan suku akhir. 

Siapakah yang akan mara ke grand final? 

Aksi suku akhir pertama menyaksikan ulangan semula grand final tahun lalu tatkala juara bertahan, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR), mahu menumpaskan English College (EC) di Putrajaya. 

Meskipun SEMASHUR lebih mengungguli, namun mampukah EC melakar kejutan?

Sementara itu, Victoria Institution (VI) menerima ancaman hebat dari Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) untuk ke separuh akhir. 

Jadual penuh di sini: 


 

Advertisement

Must Watch Video