Sekejap di gelanggang bola jaring, sekejap di padang ragbi -- Itulah dia wanita besi yang bernama Rozliana Ridwan yang lebih mesra disapa ‘Ogy’.
Berusia 35 tahun, Ogy buktikan yang dia masih mampu menambur bakti bukan hanya sebagai seorang jurulatih malah sebagai sebagai pemain kebangsaan.
Selepas berhempas pulas membantu pasukan Putrajaya Dynamites dalam aksi final Netball Super League (NSL) berdepan KL Wildcats yang menyaksikan mereka terpaksa akur satu mata memisahkan mereka dari bergelar juara, kini Ogy lakukan perkara yang sama tetapi membawa nama negara dalam Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7’s).
Advertisement
Bukan itu sahaja, atlet berumur 35 tahun itu juga merupakan kapten pasukan 7's wanita yang berjaya memimpin pasukan untuk melakar sejarah berjaya mara ke final buat kali pertama apabila menewaskan Thailand di masa tambahan dengan keputusan akhir 17-12.
Walaupun hasrat untuk cipta kejutan di pentas akhir berdepan tuan rumah Singapura tidak kesampaian, Ogy dan pasukan wajar diberi pujian selepas prestasi yang ditonjolkan sekaligus memperbaiki pencapaian lepas.