Berita baik buat peminat tegar sukan ragbi negara kerana arena sukan lasak itu terus semarak dengan pelbagai pertandingan yang berlangsung termasuk Kejohanan Ragbi Premier 7's MCKK Edisi Ke-13.
Kejohanan anjuran The Malay College Old Boys Association (MCOBA) sejak 2011 itu dijadual berlangsung di Padang MCKK, Kuala Kangsar, dari Jumaat depan dengan penglibatan 24 pasukan remaja terkemuka ragbi dari dalam dan luar negara termasuk Fiji, Jepun, Indonesia dan Thailand.
Selain menyumbang ke arah pembentukan masa depan ragbi negara, matlamat kejohanan turut tertumpu untuk menggilap bakat pemain muda menuju ke peringkat tertinggi.
"Kami mengadakan banyak program pembangunan menerusi dana daripada All Blacks Revival (ABR.
"Usaha ini turut meningkatkan prestasi sekolah lain," Presiden MCOBA, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin.
Walaupun hanya pernah sekali menjuarai kejohanan, pihak tuan rumah, MCKK, bertekad meraih kedudukan podium selain berusaha merampas takhta kejuaraan milik Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) yang dimenangi edisi lalu.
"Kami pernah menghasilkan pemain negara.
"Kami cuba bentuk bakat remaja bermula daripada peringkat sekolah.
"Kami ingin sediakan pemain-pemain untuk diserapkan kepada kelab mahupun pasukan negeri sebelum ke pasukan Malaysia," kata Pengarah Kejohanan MCC Premier 7's, Muhammad Asri Rafa'i.