Persatuan Ragbi Negeri Kelantan secara rasminya meletakkan titik permulaan baharu dengan memperkenalkan 'Kelate Rugby' yang akan menggalas tugas berat membawa cabaran pasukan ke saingan ragbi Piala Agong 2025.
Rekod selaku empat kali juara kejohanan itu menguatkan lagi iltizam pasukan untuk kembali merampas semula takhta selaku nama besar ragbi kebangsaan selepas kali terakhir menjuarai piala itu pada 2012.
Kehadiran 70 peratus bakat tempatan dari Negeri Cik Siti Wan Kembang dan tiga pemain import dari Fiji, melengkapkan lagi senarai penuh untuk memperkuat misi getir pasukan itu.
"Dengan gabungan pengalaman pemain lokal yang sebelum ini berkelana di pasukan luar kini kembali berkhidmat untuk Kelantan.
"Campuran tonggak senior dan muda serta bantuan import mampu merealisasikan impian kita," kata ketua jurulatih, Hafiez Zakaria, di Nadi Arena.
"Pasukan Kelantan akan memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan," kata presidennya, Riduannor Sarif.