Perlawanan Piala Juara-Juara Ragbi Eropah antara Sale dan Toulouse ditunda 40 minit selepas seorang penerjun payung terperangkap di atas bumbung Stadium de Toulouse.
Kapten Yannick Trouillet, yang sepatutnya menyerahkan bola perlawanan, tersasar dari laluan dan tergantung di bumbung stadium selepas parasutnya tersangkut.
Penyokong yang berada di bawah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga sementara pegawai stadium berusaha menyelamatkan Trouillet.
Petugas stadium dan maskot singa Toulouse menyediakan perlindungan di bawah sebagai langkah keselamatan, dan pad permainan bola sepak kanak-kanak turut digunakan sebagai alas untuk sedia sebarang kemungkinan penerjun payung itu jatuh.
Selepas penangguhan 25 minit, bomba akhirnya menyelamatkan Trouillet tanpa sebarang kecederaan, disambut sorakan gemuruh daripada penonton.
Pemain yang berada di bilik persalinan kembali ke padang dan perlawanan diteruskan. Toulouse akhirnya menang 38 -15 untuk layak ke suku akhir.

Carnage in Toulouse, a parachutist got caught on the stadium roof, kick off delayed, fire engines arrived to rescue him and he’s waving to the crowd getting them pumped for the game, only in France!
— Andy Goode (@AndyGoode10) April 6, 2025
https://t.co/i1AKrXWVqx