Bekas pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal telah mengesahkan untuk menarik diri dengan menangguhkan memunculan semulanya ke tenis kompetitif selepas menarik diri daripada Terbuka Qatar.
Nadal, 37, membuat kemunculan ditunggu-tunggu oleh fanatiknya selepas hampir setahun berehat akibat kecederaan di Brisbane International Januari lalu.
Bagaimanapun, pemain Sepanyol itu mengalami kecederaan pinggul pada kejohanan itu yang menyebabkan dia terkeluar daripada Terbuka Australia.
"Saya sangat suka bermain di Doha," kata Nadal, yang dijangka kembali untuk kejohanan ATP 250 yang bermula pada 19 Februari.
Pemenang Grand Slam 22 kali itu menambahnya lagi di aplikasi X : "Malangnya saya tidak bersedia untuk bersaing.
"Saya akan fokus untuk terus berusaha untuk bersedia untuk pameran di Las Vegas dan kejohanan Indian Wells yang menakjubkan."
Nadal dijadualkan menentang rakan senegara Carlos Alcaraz dalam perlawanan pameran di Las Vegas pada 3 Mac sebelum membuat kemunculan semula ATP di Indian Wells beberapa hari kemudian.
Pada Mei, selepas terpaksa terlepas Terbuka Perancis buat kali pertama dalam tempoh 19 tahun, Nadal berkata bahawa 2024 "mungkin" akan menjadi tahun terakhir kerjayanya.