R. Sharmendran sah tinggalkan dunia karate sebagai atlit paling berjaya dalam sukan Karate dengan rekod empat emas di temasya Sukan SEA.

Menerusi makluman wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, perkara ini disahkan oleh Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad, ketika mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) sukan karate sebentar tadi.

Difahamkan juga MAKAF dalam perancangan menjadikan R. Sharmendran sebagai jurulatih program pembangunan.

Ikuti perkembangan selanjutnya dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini di saluran 801.