SUKAN LAIN
R. Sharmendran kecewa kecederaan faktor terlepas Kejohanan Asia
Susulan kecederaan serius yang dialami pemenang pingat emas karate Sukan SEA Kemboja, R. Shamendran, mengakui kecewa rentetan terlepas daripada bertanding untuk Kejohanan Karate AKF di Melaka bermula 21 Julai ini.
Sharmendran bagaimanapun, tetap meneruskan latihan ringan namun perlu menghadiri sesi rehabilitasi selama lapan minggu.
"Ia lebih daripada sebarang pertandingan, ia adalah Kejohanan Karate Asia yang dianjurkan di Malaysia. Saya sangat kecewa kerana tidak dapat membuat penyertaan, beraksi di Malaysia," kata Shamendran.
"Bagaimanapun, saya perlu mengakui perlu mengambil satu langkah ke belakang dan menjalani proses pemulihan sebelum kembali beraksi dalam saingan akan datang."
Sementara itu, ketua jurulatih, Tamer Abdelraouf, tetap mengharapkan prestasi yang terbaik dapat ditunjukkan oleh anak-anak buahnya walaupun dengan ketiadaan Shamendran.