Jurulatih skuad remaja kebangsaan, Azidi Ameran menegaskan bahawa masih terlalu awal untuk Qurratu 'Ain Izdihar melangkah ke saingan Sukan SEA.
Juara Kejohanan Boling Remaja Asia 2025 itu menyasarkan untuk tersenarai di dalam kontinjen boling ke temasya berprestij itu selepas berjaya meraih 5 pingat emas.
Walaubagaimanapun, Azidi menyifatkan temasya Sukan SEA sudah pasti menyajikan suasana dan saingan yang lebih sengit. Tegasnya, Ain masih banyak ruang pendedahan yang perlu diberikan terutamanya di peringkat antarabangsa untuk dipelajari.
"Terlalu awal untuk Ain bersaing di Sukan SEA, dia perlu masa untuk membiasakan diri bersaing di kejohanan yang berprestij"
"Ain mungkin akan terkejut apabila bersaing di kategori senior" - katanya
Sukan SEA Thailand bakal membuka tirainya pada 9 Disember dan melabuhkan tirainya pada 20 Disember 2025.