Skip to main content

Permotoran

Qabil Irfan dapat kambing daripada ZK…thank you Muhammad Ali!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil-irfan-minigp.jpg
Selepas mencatat kemenangan sempurna buat kali ke-10 dalam semua pusingan kempen FIM MiniGP Malaysia 2025, Qabil Irfan secara rasminya dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori 190cc.

Sesuai dengan hadiah peribadi yang diterimanya daripada Pengurus Kejohanan, Zulfahmi Khairuddin - melambangkan anak jadi Terengganu itu sebagai GOAT.

GOAT bukan kambing ye, tetapi membawa makna Greatest of All Time… Deskripsi yang selalu dikaitkan dengan legenda seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Serena Williams dan sebagainya…

Tapi tahukah anda dari mana datang terma GOAT ini?

“The Greatest” merupakan gelaran buat boxer handalan “Muhammad Ali” ketika kemuncak kariernya. Bermula sebagai self-proclamation yang kemudiannya seiring dengan pencapaian yang sukar ditandingi, “The Greatest of All Time” dikaitkan dengan Muhammad Ali sampai kini.

Gelaran itu beri inspirasi kepada rapper LL Cool J, yang melancarkan album bertajuk “GOAT”, dan terma GOAT itu terus dijadikan pujian terunggul kepada individu yang punyai pencapaian hebat.

Gitulah Qabil Irfan…. GOAT in FIM MiniGP, legend in the making!
Helmet

Arai Helmet 100% Original

Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video